Laman Utama

"Bubble Wrap Tebal Sangat, Buang Masa Cari Gunting!" - Pembeli Beri Peniaga Satu Bintang

gempak
Fiza Kamarudin
22/06/2021
13:40 MYT
Sponsor Banner
"Bubble Wrap Tebal Sangat, Buang Masa Cari Gunting!" - Pembeli Beri Peniaga Satu Bintang
Seorang pelanggan memberikan penilaian hanya satu bintang kepada peniaga atas talian gara-gara membungkus pesanannya menggunakan pembungkus gelembung terlalu tebal.
Peniaga yang terkejut dengan penilaian diberikan pembeli tersebut telah bertanyakan sebab dia melakukan demikian.
Jawapan diberikan pelanggan agak mengejutkan, namun peniaga tersebut tetap bersabar dan tidak melenting.
Kata pelanggan tersebut, disebabkan pembungkus gelembung yang terlalu tebal, masanya telah terbuang untuk mencari gunting.
Tambah pelanggan itu lagi, rasa terujanya juga hilang disebabkan perkara tersebut.
Dia turut mempertahankan tindakannya memberikan satu bintang walaupun barangan yang diterima berada dalam keadaan sangat baik.
“Hak buyer untuk tentukan (penilaian),” katanya ketika menjawab soalan peniaga.
Sementara itu warga net turut bersimpati kepada peniaga tersebut kerana penilaian satu bintang boleh merosakkan reputasinya.
Rata-rata menyalahkan pembeli tersebut kerana tidak bertimbang rasa dan sesuka hati memberikan penilaian yang dianggap tidak munasabah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live