gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Anthrax, AC/DC  Sifatkan Ozzy Osbourne Ciptaan Terindah: “Ozzy Forever”
HIBURAN
"Maaf Saya Tak Dapat Nyanyi Dengan Baik" - Renjana Bikin Shiha Zikir Sebak, Umum Nak Hadiahkan RM10,000 Kepada ...
BERITA
Pondan Didenda RM4,900 Dorong Perbuatan Maksiat Melalui WeChat
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Budak Kecil Ni Bawa Rezeki Sungguh” - Shahida & Aliff Syukri Pilih Nama Luqman Al-Hakim Untuk Anak Keenam

Mya Amri
Mya Amri
06/04/2023
08:41 MYT
Sponsor Banner
“Budak Kecil Ni Bawa Rezeki Sungguh” - Shahida & Aliff Syukri Pilih Nama Luqman Al-Hakim Untuk Anak Keenam
Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida berkongsi nama pilihan anak keenamnya.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Shahida memaklumkan mereka sekeluarga telah memilih nama yang cukup cantik iaitu Luqman Al- Hakim.
"Assalamualaikum.. Nama saya Luqman Al-Hakim Bin Aliff Syukri," coretnya.
Selain nama, Shahida juga turut berkongsi wajah terbaharu bayi comel itu.
View this post on Instagram
A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)
Dalam pada itu, sebagai seorang ibu, Shahida juga mengakui kelahiran anak keenamnya itu membawa rezeki buat mereka sekeluarga.
"Alhamdulillah, budak kecil ni bawa rezeki sungguh. Lahir-lahirnya terus murah rezeki.
"Banyaklah benda-benda tak sangka rezeki datang bergolek. Betullah orang cakap tiap anak rezeki beza-beza," ujarnya.
Terdahulu, Shahida selamat bersalin cahaya mata keenam selepas 15 jam.
Malah kata Shahida itu merupakan pengalaman pertama berdepan dengan komplikasi anaknya yang lahir dengan mengeluarkan tangan terlebih dahulu.
BACA: Isteri Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Keenam - “Budak Kecil Ni Keluar Tangan Dulu…”
Untuk info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Topic Berkaitan
#Anak
#Datuk Aliff Syukri
#Aliff Syukri
#Nama Anak
#Datin Shahida
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement