Laman Utama

“Budak Kecil Tangan Menggigil Nak Berjumpa…” – Iqbal Zulkefli Terkejut Rumah Diserang Peminat

Shahrin Zulkifle
12/07/2022
07:00 MYT
Pengsohor media sosial popular, Iqbal Zulkefli berasa terkejut apabila rumahnya didatangi peminat ketika sambutan hari raya Aidiladha semalam.
Berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naiknya di Instagram Story, Iqbal terkejut apabila bangkitnya dia dari tidur rumahnya dipenuhi orang ramai.
“Bayangkan saya tengah tidur di ruang tamu, tiba-tiba terkejut penuh orang dari kampung sebelah.
“Perasaannya macam orang sedang mengelilingi saya sambil baca tahlil jenazah.
“Petang itu mereka kejar kereta saya dengan menaiki motorsikal, malam datang bawa banyak buah-buahan,” tulisnya.
Bintang Big Stage 2022 itu turut merasa rendah diri dan menganggap kehadiran peminat merupakan rezeki yang diberikan Allah.
“Kadang saya hairan, saya bukanlah ada rupa sangat, nak di kata viral orang lain pun viral juga.
“Ada budak kecil sampai sejuk tangan menggigil sebab dah lama nak berjumpa.
“Apapun ini rezeki Allah, selagi orang sudi mendekati, tidak sesekali saya bersikap sombong.
“Duduk di kampung kita berbahasa kampung, apabila di bandar, kita bawa cara hidup bandar. Semoga bertemu lagi,” tambah pengsohor berwajah tampan itu.
Terdaulu, sebelum bergelar Bintang Big Stage, Iqbal pernah dikaitkan dengan pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida. Kisah percintaan mereka menjadi bualan ramai pihak sehingga tercetusnya beberapa perbalahan diantara mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.