Masih dalam mood raya tapi sedang mengikut arahan kerajaan untuk #stayhome dan tidak keluar beraya untuk memutuskan rantaian Covid 19, jangan bimbang kerana Astro masih setia menemani hari hari anda.

Untuk menambahkan kemeriahan 'beraya dengan Astro', Rania di saluran 112 HD punya jawapannya.

Jika anda peminat lagu lagu lama atau sengaja ingin membangkitkan nostalgia juga hanya ingin menambah pengetahuan baharu, apa kata mulalah menonton sebuah program pencarian bakat berjudul Golden Memories 2.

Sedikit informasi, Golden Memories 2 ini adalah kelangsungan setelah musim pertama program pencarian bakat untuk penyanyi lagu-lagu nostalgia di era 1980an sampai 1990an di Indonesia menjadi fenomena.



Konsepnya lebih kurang macam Kilauan Emas, tapi di Golden Memories 2 ini lebih heboh dan 'pecah' bukan sahaja kerana kehebatan para peserta tetapi disebabkan sikap 'gila gila' para hosnya.

Mereka adalah Ramzi, Irfan Hakim, Rina Nose, dan Gilang Dirga.

Tak cukup itu, para juri seperti Iis Sugianto, Ikang Fauzi, Titi DJ dan Hetty Koes Endang, serta Trio Golden; Soimah, Harvey Malaihollo, dan Samuel Wattimena juga memainkan peranan penting bukan sekadar memberi pemarkahan dan menentukan pemenang, tetapi ikut menghidupkan Golden Memories 2.

Golden Memories 2 kini heboh ditayangkan di Astro Rania saluran 112 HD setiap Isnin hingga Jumaat pukul 9 hingga 11 malam dan Sabtu serta Ahad pada pukul 11 pagi hingga 1 petang.