Gaya Hidup

Bukan Biasa Biasa! Model OKU Bakal Catwalk Di KL Runway 2019!

gempak
Amri Hassan
05/11/2019
11:11 MYT
Sponsor Banner
Bukan Biasa Biasa! Model OKU Bakal Catwalk Di KL Runway 2019!
Luar daripada kebiasaan, bebeberapa model kelainan upaya bakal ditampilkan di pentas peragaan KL Runway 2019 pada 16 November ini.
Kata wakil daripada Bloomers International, Datin Norita Anis dan Kiran Tuljaram, model-model yang terpilih untuk menyertai pertunjukan fesyen itu punyai impian yang tinggi untuk berjaya dalam bidang peragaan.
"Mereka mempunyai cita-cita dan impian bergelar model dan kami tidak memandang kelainan upaya mereka sebagai penghalang.
"Ini adalah penting kerana kami ingin mendidik para pereka fesyen di luar sana untuk tidak terlalu tertumpu untuk menghias para selebriti, kerana di dalam dunia sebenar, pelanggan datang dari segenap bangsa, umur mahupun rupa," katanya kepada Gempak.
Tambah Anuar, model-model istimewa ini terdiri daripada penghidap Treacher Collins Syndrome dan psoriasis.
Malah, ada antara model yang bakal ditampilkan kelak terdiri daripada segenap peringkat usia termasuk model berusia 45 tahun.
KL Runway 2019 merupakan acara pertunjukan fesyen untuk pereka muda yang sedang meningkat naik dan pereka fesyen senior yang sudah lama menyepi.
Acara itu turut mengundang pereka tamu seramai dari Indonesia yang mengangkat tema rekaan bercirikan etnik.
Antara pereka fesyen yang terbabit dalam KL Runway 2019 ialah Anuar Faizal, Dedi Setiyawan, Koko Samra, Maglifestyle, La Petit A Petit, Jonathan Yun Jewelry, Langbatek, Elevate dan Hidha Shoes.
KL Runway 2019 akan berlangsung pada 16 November ini di GMBB Jalan Robertson Kuala Lumpur bermula pukul 2 petang.
Tiket berharga RM70 boleh didapati di www.ticket2u.com.my dengan carian kata kunci "KLRUNWAY".
KL Runway 2019 dikuasakan oleh platform e-dagang fesyen dan gaya hidup Amaxmall. Info lanjut di www.amaxmall.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live