gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bunga Citra Lestari Kembali Gegarkan Kuala Lumpur Dalam BCL: Eternal Love - Timeless Romance
VIRAL
Meninggal Dunia Atas Mimbar Ketika Sampaikan Khutbah Jumaat
VIRAL
Cinta Ditolak, Lelaki Minta Pulangkan Duit Belanja Makan RM11
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Bukan Cinta Biasa! Jefri Nichol & Ameera Khan Sanggup “On The Phone” Tanpa Henti Selama 48 Jam Buat Netizen Terkedu - “Tak Rimas Ke..”

gempak
Asyraf Roslan
06/06/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Bukan Cinta Biasa! Jefri Nichol & Ameera Khan Sanggup “On The Phone” Tanpa Henti Selama 48 Jam Buat Netizen Terkedu - “Tak Rimas Ke..”

Pelakon Indonesia, Jefri Nichol menarik perhatian netizen selepas berkongsi rutinnya bersama kekasih hati, Ameera Khan.

Dalam satu temu bual bersama Denny Sumargo, pelakon filem Ali Topan itu mendedahkan bahawa mereka sering berhubung melalui telefon tanpa henti.
“Telefon selama 48 jam tanpa henti, paling-paling kalau terputus pun sebab tertidur, kita tengah bercakap ini pun saya tengah telefon dia,” kongsinya.
Jefri turut berkongsi bahawa dia sendiri pernah tertanya-tanya bagaimana Ameera boleh membuka hati untuk bercinta denganya.
“Soalan itu kena tanya kepada Ameera kenapa mahu dengan saya. Saya pun kadang-kadang terfikir kenapa dia membuka hatinya untuk saya,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut pasangan ini sanggup berhubung menerusi talian selama 48 jam.
“TLP 48 jam 😩😩 yakin tuh hp ga panas 🤣🤣🤣
“Tak lama bateri health korang ☠️

“Kalau hp gue udah meledak ituu😭😭

“Borak apa siot sampai 48 jam.
“Takut curang tu, jauh kan tak nampak.

“Tak rimas ke? Komen netizen.

Terdahulu, Jefri pernah berkongsi dia berminat untuk mengenali kekasih hatinya, Ameera Khan selepas membaca satu artikel mengenai 10 wanita tercantik di Malaysia di platform X.

Jelas Jefri, selepas membaca artikel tersebut dia tekad untuk cuba mengenali Ameera dengan lebih dekat.
Selepas mengenali lebih rapat pada tahun 2023 pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Bercinta
#Jefri Nichol
#Ameera Khan
Must-Watch Video