Skip to main content

Berita Tempatan

"Bukan Dalam Filem Sahaja, Real Life Pun Saya Tak Pernah Tikam Belakang!" - Liyana Jasmay

liyanajbefunky-collage_1.jpg
Pelakon dan pengarah, Linda Jasmay sangat menghargai nilai sesebuah persahabatan terutama  dengan teman yang betul-betul rapat dengannya.

Menurut Liyana, filem terbaru arahannya iaitu Bella & Jammy menyaksikan gabungan lakonan dia bersama teman rapatnya, Cik Puan Juliana Evans.

Liyana akui berasa gembira dapat berkerja dengan kawan baiknya itu dan mengatakan dia dan Juliana tidak pernah bermasam muka sepanjang perkenalan mereka.

"Saya gembira dapat berkerjasama dengan Juliana, kami lama berkawan rapat, sudah tentu kami punyai keserasian untuk berlakon bersama.

"Sepanjang perkenalan saya dan Juliana, kami tidak pernah menghadapi sebarang masalah dan bermasam muka, kami memahami antara satu sama lain.

"Saya tidak pernah cari pasal dengan kawan-kawan saya, bukan dalam filem sahaja, real life pun saya tak pernah tikam belakang," kata Liyana kepada Gempak.
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement