Berita
“Bukan Dibu Kedekut, Tapi…”- Isteri Tomok Jahit Beg Sekolah Arrian Dari Kain Perca
Isteri kepada penyanyi Tomok, Ayu Abas mendedahkan telah menjahit sendiri beg untuk bekal makanan ke sekolah anaknya, Arrian Shah Akid dari lebihan kain perca.
Ayu berkata dia menyediakan beg itu kepada Arrian kerana anaknya sering cuai kerana masih baharu hendak menyesuaikan diri dengan alam persekolahan yang kini berada dalam darjah satu.
“Alhamdulillah dapat gak Dibu (Ayu) buatkan lunch bag dari serpihan kain perca...bukan dibu kedekut...tapi disebabkan his carelessness dan masih lagi dalam environment menyesuaikan diri di sekolah.
“So dibu upgrade dari paperbag dibu buatkan bag yang sama saiz cuma tambahan tali supaya senang arrian nak bawak....tupperware pun yg rm2 je..kalau tinggal ke hilang ke tak la ralat...
“Jangan hilangkan tau...tapi kalau hilang gak dibu jahit lagi...tapi insyaAllah dibu tau arrian responsible...” tulisnya.
Ayu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikut IGnya yang rata-rata memuji cara Ayu menyelesaikan masalah anaknya yang sering hilang barang.
Malah tidak kurang juga memuji Ayu kerana pandai menjahit beg sekolah itu sendiri.
Selain Arrian, Ayu dan Tomok turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki bernama Andrashah Iman.
Must-Watch Video