HIBURAN
Bukan Hanya Sekadar Watak, Ellie Suriaty Berkemban Jadi ‘Ayam Tua’ - “Itu Bukan Saya, Itu Adalah Juwita”
Pelakon, Ellie Suriaty menegaskan babak berkemban yang dimainkan dalam drama bersiri Hilang Kasyorga hanyalah sekadar lakonan semata-mata.
Hanya karakter untuk sampaikan mesej
Malah kata Ellie, watak Juwita yang dibawakan itu bukanlah cerminan dirinya, sebaliknya satu karakter penting yang membawa mesej besar.Ellie berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan drama bersiri Hilang Kasyorga bertempat di TGV One Utama baru-baru ini.“Itu bukan Ellie Suriaty, itu adalah watak Juwita. Dalam barisan pelakon yang ramai, apabila Jalena Rejab menghubungi saya untuk menyertakan saya di dalam barisan ini, sudah tentu saya ambil peluang ini. “Pertama sebab ini adalah cerita yang sangat realistik, sangat raw dan walaupun saya hanya memegang watak sebagai Juwita iaitu seorang ‘ayam tua’ sebanyak tiga babak sahaja tetapi itu adalah babak yang penting,” jelasnya.
Angkat kisah anak-anak jalanan & wanita lorong
Mengulas lanjut mengenai drama tersebut, Ellie berkata Hilang Kasyorga bukan sahaha mengangkat kisah anak-anak jalanan sebagai tema utama, bahkan turut menyentuh sisi kehidupan masyarakat lorong, termasuk wanita yang sanggup menggadai maruah demi kelangsungan hidup.“Kehidupan orang-orang lorong disekeliling itu sebagai contoh ibu kepada Rudy (lakonan Kamal Adli), iaitu watak Juwita yang saya bawa. Wanita-wanita ini terlalu mengharapkan kepada kewangan sehingga sanggup menjual maruah diri walaupun usia sudah senja.
“Cerita mengenai kanak-kanak yang utama sebab itulah tajuknya Hilang Kasyorga. Selain itu, naskhah ini juga turut mengetengahkan realiti kehidupan orang-orang di lorong.
“Sebagai contoh ibu kepada Rodi (lakonan Kamal Adli), iaitu watak Juwita yang saya bawa. Wanita-wanita ini terlalu mengharapkan kepada kewangan sehingga sanggup menjual maruah diri walaupun usia sudah senja,” katanya.
Red fleg yang perlu diberi perhatian
Tambah Ellie, isu ini merupakan ‘red flag’ yang wujud dalam masyarakat hari ini dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkaitan.Hilang Kasyorga yang diarahkan oleh Feroz Kadir ini dibintangai oleh Kamal Adli, Nabila Huda, Azhar Sulaiman, Adra Mikayla, Luqman Hafiz dan ramai lagi.“Realitinya, masih ramai ‘ayam tua’ yang berada di lorong-lorong gelap. Jadi, bagaimana kita nak bantu mereka? Kita ada kementerian pembangunan wanita dan sebagainya.“Saya bukan bercakap soal membersihkan mereka, tetapi bagaimana kita boleh bantu mereka untuk kembali membersihkan diri dan mencari kehidupan yang lebih bermakna,” ujarnya.
Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd, ini akan mula bersiaran bermula 23 Jun 2025 di DEGUP (saluran 120) Unifi TV Originals.
Must-Watch Video