Penyanyi Ikhwan Fatanna bakal melancarkan single terbarunya tidak lama lagi.

Menurut Ikhwan, lagu tersebut masih berunsur Islamik, namun ia dihasilkan dengan pendekatan berbeza untuk menarik perhatian para pendengar.

"Setakat ini, berdasarkan 'feedback' pendengar terhadap lagu-lagu saya sebelum ini, mereka masih menyifatkan lagu saya sebagai lagu nasyid.

"Kali ini, dalam single terbaru ini, saya menggunakan pendekatan yang berbeza, tajuknya juga agak unik.

"Ia bukanlah lagu nasyid tetapi masih boleh dikategorikan sebagai sebuah lagu Islamik," kata Ikhwan kepada Gempak.

Single terbaru itu dijangka menemui peminat pada bulan Ogos tahun ini.

Ikhwan ditemui di majlis Zayan Marhaban 2019 bertempat di Ampang, Kuala Lumpur Ahad lalu.

Majlis itu diadakan di rumah peminat Zayan yang telah memenangi penyertaan slogan menarik yang diadakan pada bulan Ramadan lalu.

Antara aktiviti yang diadakan adalah selawat, solat berjemaah, sesi beramah mesra dan persembahan artis jemputan.

Zayan Marhaban 2019 ini akan diteruskan lagi pada 29 Jun ini di rumah peminat Zayan yang seterusnya.