Selepas kejayaan single pertama Tolonglah, penyanyi dan pelawak Cik B muncul lagi dengan buah tangan terbaru.

Menariknya kali ini, Cik B tampil dengan lagu bersempena Hari Raya berjudul It’s Raya Baby.

Turut menampilkan Chubb-E sebagai rakan duetnya, lagu It’s Raya Baby dilihat sangat berbeza dengan kebiasaan apabila mengangkat genre hip hop dan pop.

Paling menarik, lagu berkenaan merupakan hasil sentuhan dari komposer terkenal Cat Farish, Tiga Caliber dan Chubb-E sendiri.

Malah, ini merupakan kolaborasi pertama di antara Cik B dan Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Ashlyn.

Untuk makluman, muzik video rasmi It’s Raya Baby telah pun dilancarkan di platform YouTube MVM Music pada 3 Mei lalu.

Lagu ini juga boleh didengari di platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox dan sebagainya.

Anda boleh lihat muzik video tersebut di bawah.