Laman Utama
“Bukan Masa Nak ‘Berdouble Standard” – Azhan Rani Bersuara Isu Kerah Mangsa Banjir Semata-Mata Nak Impressed VIP!
Pelakon Azhan Rani, meluahkan pandangan mengenai isu ‘double standard’ yang didakwa berlaku di kawasan terlibat bencana banjir.
Azhan menerusi laman sosial Instagram (IG) turut berkongsi mengenai dakwaan mangsa banjir dikerah membersihkan kawasan sebelum dikunjungi orang kenamaan (VIP).
“Baru dapat lunjur kaki balik dari shooting aku terbaca ni. Masyaallah entahlah sahih ke tak. Tapi aku percaya mana-mana tempat pun mesti ada cerita.
“Tapi aku cuma harap ini bukan masa nak berdouble standard. Nama pun nak datang bantu, datang je.
“Kos upacara sambutan tu pada aku dapat jimatkan banyak wang ringgit dan tenaga ramai orang untuk bantu orang lain dari berbondot-bondot nak kena menunduk mengipas sorang VIP.
“Entahlah betul ke aku pikir macam ni ke sebab dah lemau sangat ni,” katanya menerusi ruangan kapsyen.
Azhan turut berkongsi semula ciapan dibuat seorang individu di Twitter yang mendakwa ada pihak mengarahkan mangsa banjir untuk membersihkan kawasan terjejas kerana kunjungan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) ke Taman Sri Muda, Shah Alam.
Sementara itu menerusi hantaran terbaru, Azhan turut memuat naik posting mengenai respons Tuanku Permaisuri Agong berkaitan isu tular terbabit.
Menurut Azhan, ‘budaya’ orang bawah cuba kagumkan orang atasan ini tidak seharusnya berlaku dan ramai pemimpin berjiwa rakyat terlepas pandang situasi sebenar.
“Ye la. Aku sendiri percaya mana-mana tempat pun yang kat bawah-bawah akan cuba kagumkan orang atasan apa yang dia boleh buat.
“Cuma dengan ada budaya ni la rasanya pemimpin2 berjiwa rakyat ni selalu terlepas pandang apa situasi sebenar yang patut mereka tau.
“Kita hentikan kebencian. Kita sama-sama perbaiki. Yang mampu kita tolonglah yang memerlukan walaupun dengan sepotong doa. Inshaallah. #ampuntuanku,” tulis Azhan.
Must-Watch Video