Laman Utama

“Bukan Masa Nak Tanya Kena Macam Mana, Siapa Bagi Kau COVID” - Fara Fauzana Beri Tips, Ini Yang Harus Dilakukan Segera

gempak
Mya Amri
21/11/2021
03:00 MYT
Sponsor Banner
“Bukan Masa Nak Tanya Kena Macam Mana, Siapa Bagi Kau COVID” - Fara Fauzana Beri Tips, Ini Yang Harus Dilakukan Segera
Penyampai radio, Fara Fauzana menyarankan mereka yang disahkan positif COVID-19 perlu segera memaklumkan orang terdekat mengenai perkara tersebut.
Fara atau lebih mesra dengan panggilan Fafau juga memaklumkan tindakan awal seperti itu akan memudahkan pihak berwajib untuk mengambil langkah keselamatan seperti melakukan proses sanitasi di kawasan yang diduduki.
“Bila FF beritahu yang FF positif COVID ramai juga yang hadir secara langsung dan tidak tapi percayalah ia sangat-sangat membantu.
“Jadinya FF nak beritahu dekat kawan-kawan kalau anda di sahkan positif jangan lah down ya. Beritahu kawan-kawan dan ahli keluarga.
“Kalau nak rasa selesa beritahu jiran kiri kanan dan kalau duduk kat appartment terus maklumkan pada management agar mereka boleh buat tindakan seterusnya (seperti sanitize lift dan maklumkan pada penduduk yang lain)
“Ramai kawan-kawan yang berkongsikan pengalaman mereka bila disahkan positif malah ada yang berkongsi macam mana mereka jaga pesakit COVID yang merupakan ahli keluarga mahupun jiran.
“Korang awesome dan saya berterima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman (korang boleh baca kat bahagian komen kat post sebelum ni)
“Kepada yang kehilangan orang tersayang disebabkan COVID FF ucapakan Takziah. Kepada yang tengah fight benda ni … WE CAN DO IT,” coretnya.
Dalam pada itu, Fafau juga mengingatkan orang ramai supaya jangan leka dan sentiasa berhati-hati kerana kes semakin meningkat.
Fafau juga menasihatkan jangan menuding jari kepada mana-mana pihak sekiranya ada kenalan yang dijangkiti COVID-19.
“Kepada yang lain, kes semakin meningkat. Sama-sama kita jalankan tanggujawab bersama. Ini bukan masa untuk kita tanya “kena macam mana?” “Siapa yang bagi kau COVID tu?” Nope! ni bukan masa untuk kita tuding jari. Benda kalau nak jadi akan jadi juga.
“Yang penting kalau disahkan positif sila MAKLUMKAN & UPDATE MYSEJAHTERA dan jujur.
“Nota: Terima kasih pada semua yang membantu. You know who you are. May Allah rewards you for your kindness,” tulisnya.
BACA: Positif COVID-19 Dari Kontak Rapat, Fara Fauzana; "Jiwa Kacau, Suara Jadi 'Jantan', Rasa Cucuk-Cucuk Kat Belakang"
Terdahulu, Fafau memaklumkan dijangkiti COVID-19 selepas menjadi kontak rapat individu yang dikenalinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live