Laman Utama

Bukan Mudah Nak Berlakon Adik Beradik! Ini Perkongsian Sissy & Vanesha Tentang Filem Backstage!

Asraf Aided
08/10/2021
13:40 MYT
Pelakon popular Indonesia, Sissy Priscillia berkongsi tentang cabaran membintangi filem Backstage bersama adiknya, Vanesha Prescilla.
Menurut Sissy, dia lebih mudah untuk mendapatkan keserasian (chemistry) bersama pelakon lain berbanding adik beradiknya sendiri. Hal itu kerana mereka sudah biasa dengan kehidupan sebenar di rumah.
"Agak sukar untuk mendapatkan chemistry ketika berlakon dengan adik beradik sendiri berbanding pelakon lain sebab sudah rapat dan biasa dengan kehidupan di rumah.
"Dari segi masa, kami diberi waktu yang cukup untuk mendalami watak dalam filem ini dan hasilnya tentu hebat.
"Antara cabaran lain adalah kami menjalani penggambaran ketika pandemik, memang banyak yang terbatas, ketika itu pun wabak COVID-19 baru lagi, jadi memang rasa takut dan sentiasa menjaga keselamatan," katanya kepada Gempak.
Sissy berkata demikian dalam sidang media filem Backstage secara virtual yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Khamis.
Sementara itu, adiknya Vanessa bercerita tentang cabaran menjiwai watak sebagai seorang penyanyi dalam filem tersebut.
"Karakter saya memerlukan saya menyanyi, saya belum ada pengalaman menyanyi atas pentas sebelum ini.
"Jadi, agak mencabar untuk saya berlakon watak sebegitu. Untuk Sissy, dia mungkin rasa senang, tapi saya yang rasa lebih mencabar," katanya.
Selain Sissy dan Vanesha, Backstage turut dibintangi oleh Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman dan Roy Rungkono.
Filem Backstage diproduksikan oleh Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment hasil kolaborasi dengan Astro Shaw & Nusantara, Endeavor Content dan perusahaan teknologi informasi, digital dan telekomunikasi NFC Indonesia, akhirnya sedia untuk menemui penonton di Indonesia bermula 30 Disember ini.
Ia bakal menjengah pawagam setelah tertunda lebih setahun disebabkan pandemik COVID-19.
Sama-sama kita nantikan kemunculan Backstage di Malaysia pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Filem

Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

gempak
16/07/2024
13:55 MYT
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum. Didominasi oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, perkara ini memberi kesan besar dalam sektor perfileman tanah air.