Berita

“Bukan Mudah Sebenarnya Untuk Penyanyi 17 Tahun Turun Naik Seperti Saya Terus Diterima...”- Misha Omar

gempak
Syafiqah Jalal
07/02/2019
01:33 MYT
Sponsor Banner
“Bukan Mudah Sebenarnya Untuk Penyanyi 17 Tahun Turun Naik Seperti Saya Terus Diterima...”- Misha Omar
Penyanyi Misha Omar akui bukan mudah untuknya sebagai anak seni yang bertapak dalam industri nyanyian selama 17 tahun terus diterima.
Menurut Misha, selama 17 tahun itu ia bukanlah satu perjalanan yang lancar seperti dirancang kerana dia pernah menghilang untuk memberi perhatian kepada perkara peribadi.
Namun dinobatkan dengan Anugerah Vokal Terbaik untuk kali ketiga di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) menerusi lagu Sampai Bila baru-baru ini, ia satu pencapaian yang tak pernah diimpikan.
“Tidak mudah untuk saya rangkumkan segala perasaan dgn perkataan. Segala-galanya masih bagaikan mimpi. Sukar utk saya percaya percubaan terbaru menerusi Sampai Bila membuahkan pelbagai memori manis utk saya kenang sampai bila-bila.
“Bukan mudah sebenarnya utk penyanyi yg sudah 17 tahun meniti naik turun dlm industri muzik utk terus diterima, apatah lagi saya pernah menyepi dan ‘hilang’ sementara kerana perlu memberi perhatian kepada perkara peribadi.
“Dan 3 Februari lalu, Tuhan memberikan saya peluang utk merasai satu lagi kemanisan dlm diari hidup sebagai penyanyi. Anugerah Vokal Terbaik utk kali ketiga di Anugerah Juara Lagu 33- satu pencapaian yg tdk pernah saya mimpikan. Syukur Ya Allah atas bakat yg dipinjamkan ini
“Sungguh, saya sangat berterima kasih atas kurniaan ini. Setiap yg saya lakukan dtg bersama niat mahu memberikan yg terbaik,melunaskan tanggungjawab sebagai pembawa cerita menerusi bait lirik yg tersusun kemas utk melengkapi melodi yg indah,”tulisnya.
Misha berkongsi luahan isi hatinya itu di akaun Instagram miliknya.
Dengan pencapaian tersebut, Misha turut berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat disebalik kejayaan lagu Sampai Bila.
“Pastinya ia bukan kejayaan peribadi saya. Tanpa insan2 di belakang yg menjadi kekuatan, tidak mungkin semua ini akan menjadi kenyataan. Dari hati yg paling rendah, saya ingin rakamkan penghargaan kepada komposer, Sharon Paul & penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya & Shah Shamshiri, keluarga Sony Music, Aubrey Suwito dan barisan juri yg mempercayai bakat saya. Terima kasih juga buat @suhanmovies , @juliajuhasukerana memilih lagu ini untuk dijadikan ost siri drama JANGAN BENCI CINTAKU..
“Juga tdk dilupakan guru vokal yg sentiasa memastikan saya memberikan yg terbaik, Datuk Syafinaz & Tengku Marina; guru seni persembahan yg memerah idea utk saya tampil semaksima mungkin di pentas AJL 33, Dr Norzizi dan penata bunyi yg sentiasa berusaha utk saya selesa setiap kali membuat persembahan, Mat.
"Tak dilupakan juga barisan penata gaya Colin Sim, Michelle, Garrie, Chomel, Brian Khoo for the outfit & Kak Nut jurufoto saya.
“Tidak dilupakan kepada media cetak, media elektronik & peminat yg sentiasa mempercayai & menghargai insan seni kerdil bernama Misha Omar. Kata semangat dan sokongan anda adalah kekuatan saya. Tidak mungkin saya mampu berdiri sekuat ini tanpa doa anda semua. Pencapaian ini adalah milik kita bersama.Terima kasih,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live