Pengacara popular Nabil Ahmad memberitahu tidak berniat untuk mencari gaduh jauh sekali meraih publisiti murahan apabila memberi respon terhadap kritikan Prof. Datuk Chef Wan.
Nabil yang juga hos program Gegar Vaganza (GV) itu berkata, dia juga tidak berniat mencari gaduh atau memanjangkan cerita cuma sudah sampai masa untuknya bersuara.
“Selama empat minggu berturut-turut dia komen tentang saya dan saya tidak kisah pun walaupun cara dia itu membuka ruang kepada orang ramai untuk mencaci maki dan memburuk-burukkan saya secara terbuka.
“Kenapa tidak bertindak lebih profesional jika betul-betul mahu menegur? Lagi pula, kenapa saya sahaja yang jadi sasaran?
“Kalau betul tidak puas hati, datanglah bertemu saya dan seluruh tenaga produksi dan kita adakan meeting untuk bentangkan mana yang betul dan tidak betul,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Terdahulu, Cef Wan memuat naik sebuah entri di Instagram dan mengkritik cara pengacaraan Nabil yang dikatakan tidak sopan dan memberi impak negatif kepada kanak-kanak yang menonton.
“Saya tunjuk contoh tidak baik kepada kanak-kanak? Berat kenyataan tersebut kerana saya ada ahli keluarga dan anak-anak yang membaca kenyataan ditulis dia,” luahnya kecewa.
Selain itu Nabil turut menolak dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan dia dan Chef Wan sengaja berdrama untuk menaikkan rating GV 4 yang sedang berlangsung.
“Mengarut! Banyak lagi perkara yang berfaedah yang boleh saya lakukan daripada buat ‘drama’ yang tah apa-apa,” tegasnya.
Minggu ini di GV 4 Nabil dan Jihan akan berduet menyanyikan lagu Despacito sebagai pembukaan untuk konsert bertemakan Kaum Kerabat.
GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my
Foto: Instagram Razman Razmi
Fiza Kamarudin
Tue Nov 21 2017
Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya
Faisal Halim Kritikal, Tangan Kiri Sukar Bergerak
Doakan Faisal cepat sembuh
Shila Amzah Berharap Dapat Bersalin Secara Normal - “Ini Merupakan Yang Paling Lama Saya Mengandung…”
Semoga dipermudah.
Caprice & Isteri Berhenti Kongsi Mengenai Anak Di Laman Sosial - “Maaf Untuk Ibu Bapa Yang Suka Sama-Sama…”
Caprice seronok dapat kongsi pengalaman jaga bayi.
Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!
Pelakon Puteri Sarah kesal dengan penyebaran berita palsu kononnya hubungan dengan bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof akan kembali bertaut.
Sarah Yasmine Tegur Netizen Gaduh Di Ruangan Komen - “Nak Benci Saya, Benci, Nak Main-Main Dengan Agama Aku Block”
Jangan gaduh gaduh di ruangan komen ya.
Sarah Yasmine Sindir Ruhainies? - “Tiba-Tiba Ada Interview…”
Selepas pengakuan yang dibuat sebagai kekasih penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
“Ada 2 hingga 3 Juta Yang Tengok IG Saya Setiap Hari…” - Ruhainies Nafi Diri Sendiri Berbalas Soalan Di Instastory
Ruhainies anggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Kongsi Foto Sotong Jadi Punca Peserta Ratu Cantik Ecuador Mati Ditembak
Seorang peserta pertandingan ratu cantik yang mewakili Ecuador menemui ajal sejurus berkongsi foto menu makanan yang dinikmatinya di sebuah restoran baru-baru ini.