HIBURAN
"Bukan Saya Yang Nak…" - Hawa Rizwana
Pengacara dan penyampai radio, Hawa Rizwana menafikan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Bagaimanapun ketika dihubungi Gempak, Hawa atau Hawa Rizwana Ahmad Redzuan meminta doa daripada orang ramai agar hari bahagia itu akan tiba.
"Bukan saya yang nak Kahwin. Masih lambat lagi saya nak melangsungkan perkahwinan.
"Tapi doakan hari bahagia itu tiba nanti," ujarnya ringkas.
Sebelum ini, pengacara program Meletop itu mengakui bahawa kesibukan kerja menjadi antara faktor utama dirinya sukar untuk mengenali lelaki secara lebih mendalam.
Oleh itu ada pihak yang menyifatkannya sebagai wanita yang sukar didekati.
Terdahulu, tular satu gambar yang dikongsi oleh seorang pereka fesyen yang dikenali sebagai Halim Asmuni yang berkongsi rekaan tulisan jawi yang akan disulam pada busana pengantin dengan Intial Ha & Nun.
Must-Watch Video