Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tampil menjelaskan dakwaan orang ramai mengenai pengambilan vaksin COVID-19, baru-baru ini.

Menurut Siti Hasmah, beliau menerima suntikan tersebut bersama Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi pada Ahad kerana beliau adalah seorang warga emas.

“Saya datang ke Pulau Langkawi teman suami saya sebagai ahli Parlimen dan ketua bahagian, memang berhak mendapat vaksin.

“Yang saya ini sebagai warga emas. Saya bukan datang sini untuk dapatkan vaksin sebab saya isteri kepada ahli Parlimen, Tun M,” katanya.

Siti Hasmah berkata demikian menerusi video bertajuk Tun Siti Hasmah, Hari Wanita dan Vaksin.

Sekadar info, pada Ahad lalu, Dr Mahathir Mohamad, 96, bersama Dr Siti Hasmah, 95, menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin.

Walaubagaimanapun terdapat juga komen-komen nakal yang mempertikaikan pengambilan vaksin tersebut atas kapasiti bekas Perdana Menteri.

Sumber: Sinar Harian
Gambar : FeeMalaysianToday/Bernama