Laman Utama
“Bukan Senang Bawa Watak Lelaki Ego Melampau, Spoil Brat…Sampai Terbawa-Bawa!” – Remy Ishak
Pelakon, Remy Ishak mengakui tidak mudah untuk membawakan watak Zafran, seorang lelaki ego, pencetus masalah dan panas baran.
Tambah Remy lagi, ia juga antara cabaran yang perlu dilalui sepanjang penggambaran drama terbaru lakonannya itu, yang berjudul Jangan Menangis Cinta.
“Watak Zafran ni unik. Walaupun dia digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat ego, spoil brat dan panas baran, kasar…Belum ada orang yang berjaya tundukkan ego dia walaupun Riyana.
“Journey watak Zafran ni daripada zaman kolej, bekerja dan berumah tangga. Tapi ada plot twist dalam karakter tu di penghujungnya. Dan itu memang sangat menariklah bagi saya.
“Sangat mencabar nak bawa karakter daripada penulisan Siti Rosmizah ini sebab daripada segi emosinya berubah-ubah dari seorang yang tidak happy go lucky dan tidak berfikiran secara matang pada awalnya sampailah dia berubah tetapi masih ego.
“Memang challenging bagi Remy untuk seorang watak yang Bernama Zafran ni. Sampai terbawa-bawa ke luar set!,” katanya ketawa.
Dalam pada itu, Remy berharap agar penonton dapat menerima drama ini dan tidak membenci dirinya.
“Saya rasa lepas ni ramai yang akan benci pada Zafran. Risaunya kalau pergi pasar Ramadan selalu orang bagi kuih.
“Takut tahun ni orang baling pula kuih ke muka saya sebab terlalu benci pada Zafran,” gurau Remy.
Selain Remy, Jangan Menangi Cinta membariskan pelakon Amyra Rosli, Rita Nadira, Hilal Azman, Kiah Propa, Halim Radzi dan penyanyi Atilia Harun.
Jangan lupa saksikan Jangan Menangis Cinta bermula jam 10 malam ini, setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria, saluran 104.
Must-Watch Video