Pelawak dan pelakon komedi, Man Raja Lawak mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang dirinya.

Man berkata, selepas berita mengenai dia menghentikan bantuan terpapar di media, ramai yang menghubunginya untuk bertanya khabar.

Menurut Man, kehidupannya kini masih stabil dan sederhana.

“Abg ok. Terima kasih la ramai kawan-kawan telefon, whatsapp tanya khabar. Ramai ambik berat..Simpati nasib abang…

“Sebenarnya abang ok..masih stabil..masih happy hidup sederhana macam mula-mula dulu…Jangan risau ek..

“Rezeki jual @cococurv_hq masih ada..abang berpegang pada prinsip, "biasakan hidup SUSAH kerana KESENANGAN selalu tidak kekal lama,” katanya.

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak)


Dalam pada itu Man berkata, meskipun sudah lama tiada tawaran persembahan dia akan tetap berusaha selagi mampu.

"Perancangan saya sekarang dengan wang yang ada ialah untuk meneruskan kehidupan sendiri bersama keluarga dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

"Saya pun tak pasti bila boleh aktif memulakan semula kerja-kerja dalam industri seni. Malah, saya pun dah lama tak ada 'job', namun tetap akan terus berusaha mencari rezeki selagi boleh," katanya.

Terdahulu Man turut menulis di Instagram Story, "Mohon maaf segala bantuan/pinjaman dah tutup. Mohon doakan saya ditambahkan rezeki agar dapat membantu lebih ramai lagi".

Tahun lalu Man tampil menghulurkan bantuan kepada orang ramai selepas diumumkan juara Maharaja Lawak Mega (MLM) bersama Kumpulan Puteh.