Bukan saja kotor malah bulu binatang, ranting kayu dan daun kering ditemui di dalam bekas pemerapan soya di sebuah kilang memproses kicap di Bagan Lebai Tahir, Butterworth semasa ‘Ops Bersih’ yang dijalankan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN) pada Khamis.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata, semasa pemeriksaan, pihaknya mendapati bekas tong kicap gentian kaca yang tidak bersih serta berkulat digunakan pengusaha kilang terbabit sejak 20 tahun lepas.

Untuk berita lanjut sila layari Astro AWANI di sini.

Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.