gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sally Whoo Syukur Hamil Anak Kedua - “Awal Tahun Ada Bergurau Dengan Kawan Kata Nak Mengandung…”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Akui Kurang Keyakinan Diri, Scha Nuril Sebak Terima 5 Bintang Dari Ajai - “Kadang-Kadang Saya Rasa Tak…”
BERITA
Bumi Berputar Lebih Laju Selama Tiga Hari
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Bumi Berputar Lebih Laju Selama Tiga Hari

Gempak
Gempak
09/07/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Bumi Berputar Lebih Laju Selama Tiga Hari

Bumi diramalkan berputar pada kadar lebih laju selama tiga hari pada musim panas iaitu bulan Julai dan Ogos tahun ini.

9 Julai (hari ini) menjadi hari pertama lebih pendek direkodkan dengan kadar putaran lebih pendek berbanding biasa iaitu 1.30 milisaat, namun tempoh singkat itu tidak akan disedari sesiapa pun.

Punca sebenar keadaan itu bagaimanapun terus mencetuskan persoalan dalam kalangan saintis.

Kajian sebelum ini menunjukkan orbit bulan boleh memberi kesan kepada tahap kelajuan putaran bumi.

"Planet kita berputar lebih laju apabila kedudukan bulan lebih jauh ke utara atau selatan khatulistiwa bumi," menurut TimeandDate.com.

Majalah Popular Mechanics pula melaporkan beberapa faktor seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, daya pasang surut, geologi bawah tanah dan mekanisme lain boleh menyebabkan putaran bumi menjadi perlahan atau lebih laju.

"Pelarasan mikro tersebut adalah berdasarkan peredaran semasa," jelasnya menerusi artikel itu lagi.

Difahamkan, hari lebih pendek telah diramalkan ahli astronomi, namun trend tersebut berada di luar jangkaan.

Sejak 1972, terdapat 27 saat lompat ditambah untuk menyumbang kepada kadar putaran bumi, tetapi tiada lagi penambahan saat lompat bermula 2016.

"Tiada siapa menjangkakan hal ini. Punca pecutan itu tidak dapat dijelaskan. Kebanyakan saintis percaya ada 'sesuatu' di dalam bumi.

"Model lautan dan atmosfera masih tidak dapat merungkai misteri tersebut," ujar pakar putaran bumi di Moscow State University, Leonid Zotov.

Faktor utama yang dinilai boleh mengakibatkan keadaan itu termasuk gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang menggegar pantai timur Jepun pada Mac 2011 yang telah mengalihkan paksi bumi kepada kira-kira 17 sentimeter (cm) dari kedudukan asal dan memendekkan hari.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Saintis
#Bumi
#Berputar Laju
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement