Terkini

Bunga Citra Lestari, Suami Sambut 2024 Dengan Tunai Umrah

gempak
Maliah Surip
01/01/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Bunga Citra Lestari, Suami Sambut 2024 Dengan Tunai Umrah
Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, selebriti Bunga Citra Lestari menyambut kedatangan 2024 dengan menunaikan umrah.
Ibadat umrah tersebut juga seperti memberi gambaran bahawa penyanyi yang baru menikah lagi selepas empat tahun menjadi balu itu mendambakan sebuah perkahwinan bahagia dan kekal bersama suami, Tiko Aryawardhana.

BERITA TRENDING: Netizen Dedah Perangai Panas Baran BCL Yang Pernah Mengamuk Berebut Mihun Depan Tiko

Menerusi perkongsian di Instagram, @itsmebcl, Bunga atau mesra disapa BCL mempamerkan foto dirinya bersama Tiko dan anak, Noah di hadapan Kaabah. Kelihatan juga foto BCL dan Tiko berdua serta pasangan itu bersama Noah dan seorang wanita dipercayai ibu mentuanya.
Dengan senyum yang sangat bahagia, BCL menjelaskan sudah berangkat menunaikan umrah sebelum tahun 2023 menutup tirai.
Dia juga menyifatkan tahun 2023 sebagai perjalanan yang menakjubkan buatnya.
“Alhamdulillah umrah di malam terakhir tahun 2023, terima kasih 2023 it’s been an amazing…Happy New Year,” tulisnya pada kapsyen.

BERITA TRENDING: Dihenyak Kecaman Lepas Nikahi BCL, Tiko Terima Ucapan Hari Jadi Dari Isteri - “Biarkan Mereka Bergosip…"

Terdahulu BCL menikah dengan Tiko pada 2 Disember lalu selepas kematian suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair sekitar empat tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live