Gaya Hidup
Bunga Segar Tempat Kuman Membiak, Dilarang Bawa Masuk Ke Wad Institut Kanser Negara
Membawa buah tangan seperti buah-buahan atau bunga ketika melawat pesakit di hospital sudah menjadi kebiasaan.
Namun, tak semua buah tangan yang anda bawa itu memberikan kesan positif pada pesakit.
Menerusi kenyataan Public Health Malaysia di laman Facebook mereka, Institut Kanser Negara telah mengeluarkan notis makluman untuk melarang pelawat membawa bunga hidup atau bunga segar di wad mereka.
Bunga hidup itu sebenarnya boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan kulat dan itulah punca ia TIDAK dibenarkan dibawa masuk ke dalam wad untuk mengelakkan sebarang alahan dan jangkitan.
Pesakit di pusat kanser pula terdiri daripada pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi. Jadi, mereka mempunyai kurang daya tahan badan dan mudah dijangkiti penyakit.
Sebagai contoh, debunga daripada bunga Lily boleh menyebabkan sesetangah individu mengalami alahan teruk dan menyebabkan serangan asma.
Sebelum anda melawat pesakit di Institut Kanser Negara, Putrajaya, jadilah masyarakat yang bijak untuk mengutamakan kesihatan pesakit. Pastikan anda sentiasa peka dengan peraturan hospital yang telah ditetapkan.
Must-Watch Video