Skip to main content

Berita Tempatan

Burger Termahal Di Dunia Berharga RM9,800!

burger.jpg
Seorang chef di The Hauge, Netherland telah mencipta sebiji burger yang telah diiktiraf sebagai burger termahal di dunia dan direkodkan dalam Rekod Dunia Guinness.
 
Burger yang berharga RM9,800 itu dikatakan dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi dan premium.
 
Antara bahannya ialah daging wagyu Jepun, patti daging Black Angus, udang galah Oosterschelde, foie gras, truffle putih, keju Remeker, tomato Jepun dan kaviar.
 
Selain turut dilengkapi dengan salad yang diimport dari Perancis, burger ini juga turut menggunakan sos khas yang diperbuat daripada 35 jenis udang galah, kopi Blue Mountain Jamaica, safron dan banyak lagi.
 
Daging premium burger ini juga diapit dengan roti yang dibuat daripada safron dan ditabur daun emas pada bahagian atasnya.
 
Chef bernama Diego Buik yang bertugas di restoran South of Houstan adalah individu yang mencipta hidangan ini.
 
Setelah beberapa tahun bekerja di Soho, London, Chef Buik telah mula mencipta burgernya sendiri.
 
Burger termahal di dunia itu dihasilkan bersempena Hari Burger Antarabangsa pada 28 Mei lalu.
 
Namun, Buik berpesan kepada sesiapa yang teringin memakan burger tersebut dan mempu membayarnya, sila buat pesanan lebih awal.
 
 
Sumber : Harian Metro
Olahan : Izzat Ridzwan
 

Must-Watch Video

Advertisement