Laman Utama
Cadang Kerajaan Total Lockdown Selama 2 Bulan, Michael Ang Sanggup Tanggung 2 Keluarga Asnaf
Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang mencadangkan agar kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama seperti perlaksanaan yang pertama dahulu.
Menurut Michael cadangan itu diutarakan selepas melihat keberkesanan PKP musim pertama sebelum ini yang dapat menurunkan kes Covid-19.
“Apa kata buat PKP pertama dahulu, kita tutup semua yang semua tak boleh bergerak ke mana-mana yang kita hanya boleh lihat sebiji dua kereta di atas jalan raya. Buat balik selama dua bulan.
Advertisement
“Lepas tu jangan pergi election atau hot spot. Bertahan sahaja sebulan dua itu untuk kurangkan Covid-19 ni. Kalau tak macam sekarang ni seksa betul,” pintanya.
Michael berkongsi pandangannya menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.
Idea yang diajukan oleh pengarah ini telah meraih perhatian warganet yang tidak kurang juga mengecam kerana bimbang akan impak jika cadangan itu dilaksanakan.
Michael tidak mendiamkan diri malah, menerusi kemas kini terbaharu dia memuat naik dua buah video bagi menjelaskan kembali cadangan perlaksanaan tersebut.
“Aku kena hentam pula buat PKP macam dulu. Macam nil ah, apa kata kerajaan elektrik dan air serta tol berikan secara percuma selama dua bulan sahaja ketika PKP. Kerajaan pun kena tolong rakyat juga.
“Pasal makan pula, atok nenek kita dulu pun tak ada makanan. Boleh je makan ubi kayu lah telor goreng ke. Cuba kita suffer sekejap makan macam tu.
“Kalau macam ni kena sama-sama lah rakyat berkorban, kerjaan pun bantu,” katanya.
Tambah Michael lagi, jika benar kerajaan mengikut cadangan yang diberikan, dia berjanji akan menanggung dua keluarga asnaf selama dua bulan.
“Kalau betul kerajaan buat apa yang saya cadangkan ini…Saya sanggup tanggung dua keluarga yang betul-betul susah tak ada duit selama dua bulan,” beritahunya.
Kerajaan telah memutuskan perlaksanaan PKP kali ketiga dibeberapa negeri bermula 6 Mei lalu sehingga lebih kurang dua minggu bagi membendung penularan kes Covid-19 yang semakin meningkat.
Must-Watch Video