Laman Utama
“Cair Weiii…”- Sweet! Harris Alif Menyanyi Untuk Intan Ladyana Dalam Kereta
Aksi penyanyi dan pelakon Harris Alif, 21, menyanyi di dalam kereta untuk isterinya Intan Ladyana, 38, mendapat perhatian netizen.
Pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pada 5 Februari ini dilihat sentiasa romantik dan manis bersama.
Video rakaman nyanyian Harris itu dimuat naik sendiri olehnya khas buat isteri tersayang.
Rata-rata turut gembira dan suka melihat cara Harris menyayangi isterinya meskipun usia mereka jauh berbeza.
“Cair weiii…sweet lah couple ni,” komen salah seorang pengikutnya.
“So much love Semoga bahagia selalu amin,” doa salah seorang peminatnya.
Lagu yang dinyanyikan dengan penuh perasaan itu berjudul Melamarmu penuh dengan bait-bait cinta.
Dalam masa yang sama ramai yang kagum dan memuji suara juara Idola Kecil musim ketiga itu.
“Ini klu gaduh je nyanyi je mesti lembut hati…nice voice Harris,” puji salah seorang warga maya.
“Suara super power,” kata salah seorang netizen.
Harris baru sahaja keluarkan single berjudul Anugerah yang ditujukan special untuk isterinya pada Disember 2020.
Must-Watch Video