Selebriti dan usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri mengakui terkilan apabila namanya tidak tercalon dalam sebarang kategori Anugerah MeleTOP 2020 (AME2020).
Kata Aliff, dia akui keliru dan tidak mengetahui sebab namanya tiada dalam pencalonan anugerah itu tahun ini.
"Semua orang kenal keluarga saya dan masih relevan dalam industri tetapi saya tak boleh puaskan hati semua orang.
"Sudah tentu saya terasa dan sedih, orang lain (yang tercalon) itu terkenal ke? Tetapi saya akui, saya tak boleh memaksa mana-mana pihak sebab siapalah saya?
"Saya rasa kurang adil tapi apakan daya takkan saya nak meraih simpati pula," katanya kepada Gempak.
Aliff yang ditemui pada majlis pelancaran cawangan kedua kedai D'Herbs di AEON Bukit Tinggi Klang baru-baru ini memberitahu dia tidak berdepan masalah dengan mana-mana pihak.
"Saya tiada masalah dengan mana-mana pihak apatah lagi ancaman kepada sesiapa kalau masuk bertanding sekali pun. Kalau tercalon saya gembira, itu saja.
"Saya pun sebenarnya tak rasa saya popular dan tak berharap orang tengok saya, apapun tak boleh paksa orang suka saya," ujarnya yang masih terbuka untuk bertanding dalam mana-mana anugerah akan datang.
Tahun lalu, anak keempatnya Yusoff Al Khardawi pernah memenangi anugerah Si Cilik Meletop.
Dalam perkembangan lain, Aliff menyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya lima cawangan D'Herbs seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
“Kami sudah ada dua buah kedai satunya terletak di Melawati Mall dan satu lagi kami pilih lokasi di Aeon Bukit Tinggi. Memang menjadi impian saya untuk mempunyai outlet D’Herbs di seluruh negara suatu hari nanti," tambahnya.
Amri Hassan
Tue Feb 04 2020
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.