Seorang calon perwakilan pelajar di sebuah universiti tempatan menawarkan pengagihan deodoran bagi pelajar yang mempunyai masalah badan sebagai salah satu manifestonya.

Hantaran yang dimuat naik di platform X itu meraih perhatian pengguna sosial media sehingga ada yang mempersoalkan tindakan pelajar tersebut yang memilih manifesto sedemikian.

Berita Trending: Nas Muammar Zar Gigih Training Demi Keluang Man, Tak Peduli Cedera & Luka-Luka! - "Ada Hari Berdebar Nak Pergi ..."

Rupa-rupanya, menjengah ke ruangan komen, ada segelintir individu yang mendedahkan soal masalah bekalan air di universiti tersebut.

“Universiti ini ada masalah air, dah usulkan dengan pihak atasan pun tiada tindakan.

“Student nak mandi tiada air. Datang kelas bau hanyir. Berkias lah bagi deodorant.

“Sebab tempat tinggal dekat sana hari-hari ada masalah air,” tulis salah-satu individu tersebut.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang menyokong manifesto yang dicadangkan pelajar tersebut kerana dianggap mampu membantu untuk menyelesaikan masalah.

Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, isu masalah bekalan air di universiti tersebut sudah semakin pulih setelah demonstrasi dilakukan di hadapan Menteri Pendidikan Tinggi semasa lawatannya di sana.

Sumber: Harian Metro