Ketika ini sedang rancaknya berlangsung perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Asia 2023.
Pun begitu, semalam pasukan bola sepak negara terpaksa akur dengan kekalahan ke atas pasukan Bahrain dengan mata 1-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Namun, di sebalik peristiwa semalam tular video yang terakam lensa kamera menyaksikan kehadiran pelakon dan usahawan, Syifa Melvin.
Umum sedia maklum tentang hubungan istimewa di antara Syifa dan pemain negara iaitu Safawi Rashid.
Lensa kamera pada mulanya merakam wajah Syifa yang sedang asyik menonton perlawanan, namun tidak lama kemudian Syifa tersedar keadaan itu dan tersenyum sendiri.
Safawi yang ketika itu melihat wajah Syifa di tayangan layar stadium tersenyum dan tergelak kecil sebelum wajahnya pula di tangkap lensa.
Video tular yang berdurasi 10 saat itu telah di muat naik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok iaitu @h4iru.zul.
Momen tersebut telah mencuit hati netizen dan berterima kasih kepada juru kamera kerana merakam detik lucu itu.
“Abang cameraman pandai buat kerja diam-diam ye.
“Cameraman buat orang malu je.
“Abang kamera faham tugas dan kerja dia, haha.
“Cameraman ni ex wartawan portal gossip ke? hehe.
“Cameraman never fail to suprise us” - antara usikan wargamaya.
Sekadar info, pasukan negara bakal meneruskan perjuangan dalam Kumpulan E yang bakal menentang pasukan Bangladesh pada 14 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil.