,
Laman Utama

“Campak Atlet Kat Hotel, Tidur Makan Sajalah” - Hafizh Syahrin Tak Puas Hati Atlet Perlu Jalani Kuarantin Tujuh Hari

Azwa Rahman
22/04/2021
08:20 MYT
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia terpaksa menjalani kuarantin di hotel dalam tempoh seminggu selepas pulang dari luar negara.
Perkara terbabit disuarakan Hafizh menerusi Instagram miliknya yang turut mempersoalkan kewajaran tindakan itu akan menyebabkan atlet hanya akan tidur dan makan sepanjang berada di hotel.
"Tak tahu nak kata apa, sekejap boleh, selepas itu tak boleh. Ada vaksin dan swab test jangan cakaplah sudah berpuluh kali tapi sayang benda ini semua tiada value.
"Best tengok racer lain balik saja terus berlatih tak ada kuarantin sebab mereka sudah buat swab test dan negatif sebelum balik ke negara.
"Sebab itu, kebanyakan atlet luar negara lebih berjaya daripada kita kerana negara mereka faham situasi atlet masing-masing.
"Campak atlet dekat hotel, kuarantin lepas itu ada kejohanan pada minggu depan apa sangat atlet boleh buat dalam hotel seminggu. Tidur makan sajalah jawabnya. Jika di rumah sekurangnya ada peralatan untuk berlatih," katanya.
Bukan tidak mahu mengikut peraturan, namun tindakan kuarantin atlet yang baru pulang dari luar negara walaupun sudah melakukan ujian calitan dan mengambil suntikan vaksin COVID-19 ternyata membuang masa sekali gus mengganggu persediaan mereka menyertai kejohanan seterusnya
Selain itu, pelumba negara itu juga berkata, dia bukannya mahukan layanan seperti kenamaan (VIP) cuma cukup memahami situasi dan keadaan semasa atlet yang mempunyai jadual padat.
"Kita tidak minta pun dilayan seperti golongan atasan atau pun raja namun ada kelonggaran atlet boleh berlatih atau kuarantin di rumah.
"Tujuan balik bukannya untuk berhibur cuma di Eropah kosnya terlalu tinggi. Bila kita tidak perform, atlet juga kena 'tembak' kerana tidak bagus," katanya lagi.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Unitar