Netizen mengecam tindakan penduduk sebuah kondominium yang tidak bertanggungjawab mencampakkan sebuah peti ais dari tingkat atas kediamannya.

Kejadian tersebut dikongsi menerusi kemas kini laman Facebook Rizal Hakimm yang memuat naik tiga keping foto peti ais yang telah dicampak.

“Ada ke patut fridge dicampak dari atas... Bang*ng betul... Lokasi: Kondo Rakyat, Pantai Dalam,” tulis Rizal.

Entri yang dimuat naik Rizal menjadi tular di laman Facebook dan menerima respon negatif pengguna laman sosial.

Rata-rata netizen menyelar tindakan penduduk yang tidak bertanggungjawab mencampakkan peti ais dari tingkat atas dan menganggp perbuatan tersebut sebagai tindakan pendek akal.

“Lieya Emillia: Fuhh... Kalau kena orang lalu lalang kat bawah memang mati bersepai woo.”

“Bani Shahrul: Minda kelas tahap paling hina sekali ni.”

“Mariah Mardhiyah: Ni kena kepala mau bocor. ICU tempatnya.”

“Rozila Eila: Batu lesung pun boleh buat pecah kepala, ini kan pulak peti… Mahu jadi lempeng... Mentang-mentang duduk rumah tinggi, bodohnya bertingkat-tingkat.”

“Asyraf Karim: Kurang akhlak punya manusia. Menyusahkan manusia lain.”


Teks oleh: Kamaruddin Razal