Laman Utama

“Cantik Aturan Allah” - Bakal Timang Kembar Lelaki Dan Perempuan, Dr Sheikh Muszaphar Teruja!

gempak
Azwa Rahman
19/08/2020
12:07 MYT
Sponsor Banner
“Cantik Aturan Allah” - Bakal Timang Kembar Lelaki Dan Perempuan, Dr Sheikh Muszaphar Teruja!
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar berkongsi berita gembira tentang jantina anak di dalam kandungan isteri tersayang, Datin Dr Halina Yunos.
Menerusi laman sosial Instagramnya, Muzaphar memuat naik sekeping foto imbasan jantina menunjukkan mereka bakal menimang anak kembar lelaki dan perempuan.
“Alhamdulillah, ia berpasangan, seorang lelaki dan seorang perempuan. Saya sangat teruja. Dr Halina kini hamil 22 minggu. Perjalanan masih jauh, doakan dia sentiasa dalam keadaan baik. Amin,” tulis Muzaphar di ruangan kapsyen.
Sejurus selepas berkongsi berita gembira itu, ruangan Instagramnya dibanjiri oleh komen-komen positif dan sokongan yang tidak putus-putus daripada rakan selebriti serta wargamaya kepada pasangan tersebut.
“Subhanallah, alhamdulillah,” tulis Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Ya Allah bestnya dapat kembar. Tahniah brother,” komen Fizo Omar.
“Inilah yang dikatakan rezeki Allah. Bila Allah berkehendakkan sesuatu maka terjadilah ia. Allah tak akan bagi apa yang kita minta tetapi Allah akan bagi apa yang dia kehendaki. Tahniah doktor, semoga suatu hari Allah akan bagi rezeki kembar pada saya juga,” luah seorang wargamaya.
“Alhamdulillah semoga dipermudahkan perjalanan 9 bulan Dr Halina,” doa seorang wargamaya.
“Tahniah, cantiknya aturan Allah,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 70,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Imbas kembali, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024