Tulisan tangan seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar iaitu Lamya Amina menjadi tular di media sosial.

Pelajar tingkatan satu itu telah berjaya menghasilkan penulisan tahriri iaitu salinan tulisan tangan ayat Al-Quran.

Hasil tulisan tangannya itu dikongsi menerusi akaun Facebook rasmi sekolah agama berkenaan.

“MasyaAllah… Hasil penulisan buku tahriri yang kemas dan cantik oleh adik Lamya Amina murid tingkatan 1 SMKA Maahad Muar,” maklum hantaran tersebut.

Dalam pada itu di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan rasa kagum dengan bakat anak muda itu.

Lebih-lebih lagi Lamya Amina memiliki tulisan tangan yang sangat tersusun rapi dan kemas.

“MasyaAllah.. Teruskan dik menjadi sahabat Al-Quran,” @sariahsuhailah

“MasyaAllah... Tahniah atas anugerah yang Allah berikan... Semoga menjadi semangat untuk sahabat yang lain,” @izanordin

“MasyaAllah... Tahniah dik, kemas dan cantik... Hargailah bakat anugerah Allah. Semoga anda terus cemerlang,” @rositakemin

“Cantik betul persis cetakkan . Kemas tersusun,” @nurkasihimanruquyyah

“MasyaAllah... Bertuahnya adik dpt kurniaan daripada Allah yang amat berharga. Jari jemari yang dapat menghasilkan tulisan amat cantik dan kemas,” @salmahlin