Kejelitaan kakak kepada Syatilla Melvin, Syafiqa Melvin meraikan hari bahagianya bersama lelaki pilihan baru-baru ini mencuri perhatian warganet.

BERITA TRENDING: “Sayang, 6 Tahun Bersama Awak Rasa Macam…”- Nukilan Syafiqa Melvin Buat Arwah Suami

Nampak glowing dan jelita umpama cinderella muslimah bak kata netizen, ramai yang akui terpesona dengan aura seri wajah bekas Juara pencarian Gadis Melayu itu.

"Cantiknya, kalah orang muda sanding.

"Patutlah menang pertandingan Gadis Melayu memang cantik sangat.

"Kalau ada awards untuk majlis kahwin 2023, Kak Long tibai rapat dari veil sampai pelamin," puji beberapa warganet.

A post shared by Kaklong KekaSih (@syafiqamelvin)


Syafiqa atau nama sebenarnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin yang kini berusia 34 tahun merupakan anak sulung kepada lima beradik. Tanggal 24 Disember lalu, Syafiqa sah bergelar isteri kepada Azhar Othman.

Terdahulu Syafiqa pernah berkahwin dengan ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman ketika berusia 23 tahun.

Bagaimanapun, Allahyarham Datuk Seri Zainal meninggal dunia pada tahun 2018 akibat kanser darah.

BERITA TRENDING: Abang Ipar Syatila Melvin Meninggal Dunia

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Zayyan Sufi berusia sembilan tahun dan Zahara Sumayya.