Berita
“Sayang, 6 Tahun Bersama Awak Rasa Macam…”- Nukilan Syafiqa Melvin Buat Arwah Suami
Nukilan bekas juara Gadis Melayu musim kedua, Syafiqa Melvin buat suaminya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang baru sahaja meninggal dunia semalam menyentuh hati netizen.
Syafiqa yang juga kakak kepada pelakon Syatila Melvin meluahkan rasa sedihnya terhadap pemergian suaminya itu di Instagram (IG).
“Sayang... 6 tahun bersama u i rasa mcm baru 6 bulan.. u adalah suami terbaik yg Allah kurniakan utk i, terima kasih atas amanah Zayyan & Hara yg u beri pada i...
“InshaAllah i akan didik amanah yg u berikan supaya dapat menjadi saham akhirat utk kita kelak sayang....
“U gone too soon syg, too soon... Al- fatihah,” tulisnya.
Rata-rata netizen turut bersedih dan memberi kata-kata semangat supaya Syafiqa terus tabah menghadapi ujian tersebut.
Suaminya yang juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dan Timbalan serta Penasihat Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dikebumikan di Masjid Sg. Acheh Nibong Tebal selepas waktu Asar, semalam.
Must-Watch Video