Penyanyi dangdut Mas Idayu tampil dengan imej berhijab sejak awal September lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 49, berkongsi foto dirinya berhijab untuk tatapan umum.

“First day terlepas, dah lama berkurung sekarang dah petang baru nak lunch! Yang 2 vaksin lengkap je boleh dine in, rugi la siapa yang tak vaksin. Mummy with anak @d4nny.shah,” tulis Mas Idayu di ruangan kapsyen pada foto pertamanya berhijab.

Menerusi perkongsian foto di laman sosial yang sama, penyanyi yang mendapat jolokan ‘mami’ itu selesa mengenakan tudung jenis selendang berona hitam yang dipadankan dengan pelbagai warna baju.

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)


Sementara itu di ruangan komen, perubahan tersebut ternyata mengundang maklum balas yang positif bukan sahaja daripada pengikutnya di Malaysia malah juga Indonesia.

Rata-rata wargamaya memuji penampilan mami yang kelihatan cantik dan semakin muda apabila mengenakan hijab.

Masyallah cantik banget mami pakai hijab,” komen seorang wargamaya.

Subhanallah, cantiknya mami. Semoga terus istiqamah,” ujar seorang wargamaya.

Mudanya mami, cantik sangat. Alhamdulillah,” tulis seorang wargamaya.

Masyallah cantiknya. Nampak lain muka. Nampak lembut, kalau tak nampak garang. Cantik,” puji seorang wargamaya.

Cantik mami. Semoga istiqamah ya mami. Rindu mami jadi juri di @indosiar. Semoga mami sihat terus, berkah terus,” doa seorang wargamaya.

Mami cantik tanpa make up. Terlihat 10 tahun lebih muda,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 30,000 tanda suka serta 1,000 komen daripada pengikutnya.