BERITA
“Cantik Tak I Berenang Dengan Sampah?”- Usaha Selamatkan Sungai Maya Karin Dipuji
Selepas dilantik sebagai duta ikon River of Life (ROL), pelakon dan penyanyi Maya Karin tampil dalam iklan kempen pelihara sungai.
Menerusi iklan tersebut, Maya, 40, dilihat berenang di dalam sungai yang dipenuhi sampah.
Maya turut memberi kesedaran kepada orang ramai supaya berhenti membuang sampah di dalam sungai supaya mengelak dari pencemaran.
“Cantik tak I berenang dalam sampah?” tulisnya.
Pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu berkongsi video iklan tersebut di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun usaha Maya mahu menggalakkan orang ramai memelihara sungai dipuji pengikutnya.
Rata-rata menyifatkan Maya layak menjadi idola mereka.
Maya baru-baru ini dilantik selaku duta ROL oleh Kementerian Wilayah Persekutuan selama setahun bermula awal tahun ini.
Terdahulu, Maya pernah menujukkan keperihatinan terhadap alam sekitar terutama pencemaran sungai di dalam sosialnya.
View this post on InstagramA post shared by Maya Karin (@maya_karin) on
Must-Watch Video