,
Laman Utama

Cantiknya! Barang Kemas Kontemporari Inspirasi Biji Tumbuhan

Amri Hassan
29/10/2022
13:28 MYT
Nelissa Hilman dan WASIS Studio meraikan pelancaran koleksi barang kemas dinamakan SEED(PODS).
Dipengaruhi dengan putaran musim, inspirasi koleksi ini diambil dari biji-biji tumbuhan seperti ros, labu dan bunga-bunga liar.
Selain itu, koleksi ini juga mengeksplorasi idea proses pembaharuan, terutamanya buat jenama Nelissa Hilman yang tatkala ini sedang menjalani proses pengembaraan kreatif yang baharu.
Koleksi kontemporari dan ultra-moden 12 jenis barang kemas ini merangkumi cincin, anting-anting serta kerongsang yang diperbuat dengan tangan lalu disalut dengan emas 24 karat.
Seiring dengan komitmen terhadap usaha “sustainability” atau kelestarian, koleksi ini direka menggunakan kepingan tembaga yang dahulunya merupakan papan tanda pertama buat cawangan Nelissa Hilman sebelum penjenamaan semula sempena ulang tahun ke-10 jenama tersebut pada tahun ini.
Untuk melengkapkan lagi pengalaman visual para pelanggan Nelissa Hilman, koleksi ini juga dipersembahkan bersama sebuah instalasi visual yang direka khas oleh Flé Kuala Lumpur di samping pertunjukan secara langsung mengenai proses-proses pembuatan barang kemas tersebut oleh pereka dan pengasas WASIS Studio, Sakinah Hassan.
Dipersembahkan buat kali pertama pada acara Kuala Lumpur Fashion Week bulan Ogos lepas, koleksi barang kemas ini berharga diantara RM380 sehingga RM600.
Setiap item barang kemas hanya akan dibuat mengikut tempahan dan dihantar dalam jangka masa 2 hingga 4 minggu.
Keseluruhan koleksi SEED(PODS) ini boleh dilihat melalui laman sesawang Nelissa Hilman dan cawangan fizikal sulung Nelissa Hilman di Bangsar Village II, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Usah Jadi Mangsa Fesyen Ikut Trend 'Old Money'

gempak
16/11/2024
14:25 MYT
Bersiar-siar di bawah panas terik matahari dengan memakai kemeja lengan panjang, baju panas (sweater) yang diikat di atas bahu, digayakan bersama seluar panjang slack dan kasut kulit.
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Siti Saleha Kini Tunang Joshua Fitton

gempak
09/11/2024
12:25 MYT
Pelakon, Siti Saleha mendedahkan dirinya kini sudah bertunang dengan seorang pereka fesyen, Joshua Fitton.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Unitar