Skip to main content

Berita Tempatan

“Cantiknya Ibu, Nampak Kebahagiaan”- Elizad Doakan Yang Terbaik Buat Fasha

fasha_9.jpg
Pelakon, Siti Elizad mendoakan yang terbaik buat rakannya, Fasha Sandha yang bakal berkahwin pada penghujung Mac ini.

Menurut Elizad, dia bersyukur kerana Fasha telah menemui pasangan hidupnya.

“Ya Allah ,cantiknya ibu. Ibu & Aidil nampak tenang sangat-sangat. Sama cantik sama padan.
 

“Nampak kebahagiaan kat wajah ibu. Doakan yang terbaik buat mu. Selamat pengantin baru ibu & Aidil,” tulis Elizad menerusi entri di Instagramnya.

Terdahulu, Elizad dan suaminya, Shamsul Baharin Rahman telah menghadiri majlis berinai Fasha dan tunangnya, aktor Aidil Aziz yang berlangsung dengan meriah bertempat di The Love Matic, Ampang pada Rabu.

Must-Watch Video

Advertisement