Laman Utama
“Cantiknya, Semoga Istiqamah” - Penampilan Mia Ahmad Bertudung Menutupi Dada Terima Pujian Netizen
Pelakon Mia Ahmad mencuri perhatian wargamaya apabila tampil dengan imej tudung labuh.
Menerusi laman sosial Instagram, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 33, berkongsi beberapa keping foto terkininya dengan menggayakan tudung yang sopan.
“I choose to shine in 2021,” tulis Mia menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Mia tampil manis dan jelita mengenakan tudung labuh dan jubah sedondon daripada warna coklat cair.
Malah menurut pemerhatian Gempak, Mia mula berkongsi foto sopan dengan melabuhkan tudungnya menutupi paras dada sekitar hujung tahun 2020 lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menyambut baik penghijrahan Mia dan suka melihat penampilan terkini isteri kepada pemain bola sepak JDT, Mohd Izham Tarmizi itu.
“Masya-Allah hajah, cantiknya,” puji seorang wargamaya.
“Cantik dan manis, sejuk mata memandang,” komen seorang wargamaya.
“Masha-Allah tabarakallah, semoga terus istiqamah,” kata seorang wargamaya.
“Alhamdulillah suka tengok penampilan Mia macam ni,” ujar seorang wargamaya.
“Congrats Mia, semoga akan terus istiqamah pakai tudung menutup dada macam ni,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 36,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Sekadar info, Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.
Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Sayf Issa dan Iris.
Must-Watch Video