,
Berita

Canva Naikkan Yuran Langganan Sehingga 300%

Awani
04/09/2024
13:50 MYT
Canva secara senyap akan menaikkan yuran langganan perkhidmatan mereka sehingga 300% bergantung kepada pelan yang digunakan.

Yuran naik mendadak

Menurut laporan The Verge, pelanggan mula menerima emel semalam mengatakan pelan AUD$39.99 (RM116.65) sebulan untuk satu pasukan kini meningkat ke AUD$40.50 (RM118.13) sebulan untuk setiap individu.

Yang mengecewakan pelanggan ialah tiada pengumuman dilakukan secara rasmi mengenai kenaikan harga ini di laman mereka.

Ketika artikel ditulis Canva masih belum memberikan sebarang komen atau menerbitkan senarai lengkap harga baharu pelan mereka di laman rasmi.
Pelanggan yang menerima emel kenaikan harga mengatakan sebab yang diberikan Canva ialah bagi menggunakan beberapa ciri kecerdasan (AI) yang diperkenalkan baru-baru ini.
Julai lalu mereka mengambil alih firma Lenorardo AI yang menghasilkan AI generatif teks kepada gambar.
Tindakan Canva dikecam pelanggan kerana selama ini ia dilihat sebagai alternatif lebih murah berbanding sut perisian kreatif Adobe di pejabat.
Sumber: AWANI menerusi The Verge
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#SembangGajet: Tak Perlu Photoshop, Cipta Logo & Grafik Dengan Aplikasi Power Ini!

gempak
02/03/2021
12:46 MYT
Mudah je semua boleh buat!