Laman Utama
Caprice Berjaya Tangkap Scammer, Serah Pada Polis– “Silap Hari Silap Orang, Kita Cari Sampai Dapat”
Penyanyi rap Caprice berjaya menangkap seorang lelaki yang menjadi scammer menjual baju raya miliknya.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memberitahu sebelum ini dia telah memberikan tempoh 24 untuk lelaki berkenaan tampil menyerah diri namun tidak diendahkan.
“Alhamdulillah, my brothas from Johor berjaya jumpa scammer baju raya Caprice! Harap ini adalah AMARAN TERAKHIR kepada semua scammer dekat luar sana. Silap hari, silap orang, kita akan cari sampai dapat.
“Dua hari lepas kita bagi brader ni 24 jam untuk hubungi Caprice dan serahkan diri dia dekat balai paling dekat.
“Orang paling rapat dengan dia sudah WhatsApp Caprice dan cakap brader ni masih tak nak serah diri. Mungkin dia degil atau mungkin dia rasa dia boleh lari macam kes-kes 2019.
“Tak sampai 48 jam, brader ni curi duit orang lain pula dan mangsa tu perasan muka dia sama dengan scammer baju raya Caprice dan terus hubungi Caprice. Tak sangka walaupun dia sudah viral tiga hari lepas tapi masih curi duit orang lain.
“Terima kasih untuk mereka yang sudah buat laporan polis. Insya-Allah saya akan cari jalan untuk dapatkan kembali duit yang telah dicuri,” maklumnya.
Sementara itu, menerusi satu hantaran lain, Caprice juga berharap agar pihak polis lebih tegas dalam menangani isu berkaitan dengan mangsa penipuan.
“Alhamdulilah, kepada semua mangsa scammer Muhammad Fazri, kali ni kita harap pihak @pdrmsia_official ambil tindakan keras supaya scammer-scammer lain di luar sana tidak terlepas,” tulisnya.
Terdahulu, Caprice telah menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan seorang lelaki yang menjadi scammer menjual baju raya miliknya.
Kegiatan lelaki itu juga bukan hanya melibatkan penjualan baju raya, malah dia juga merupakan individu yang sama pernah menipu menjual ‘hoodie’ sebelum ini.
Must-Watch Video