Laman Utama

Caprice Buka Mulut Isu Majlis Berbuka Puasa Langgar SOP, Minta Instafamous Dedah Kebenaran - " Pandai Buat Kerja, Pandai Lah Tanggung"

gempak
Zulaikha Yusof
04/05/2021
13:30 MYT
Sponsor Banner
Caprice Buka Mulut Isu Majlis Berbuka Puasa Langgar SOP, Minta Instafamous Dedah Kebenaran - " Pandai Buat Kerja, Pandai Lah Tanggung"
Penyanyi rap Caprice, 33, meminta personaliti media sosial (Instafamous) dan pelakon baharu Nurin Afiqah, 25, tampil ke hadapan bagi menjelaskan situasi sebenar berkaitan foto yang tular ketika penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021.
BACA: Polis Siasat Majlis Berbuka Puasa Langgar SOP Dihadiri Artis
Dakwa Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, Nurin menjadi punca utama dia dan rakan artis lain terpalit sama.
Katanya, Nurin hadir bersama jurukamera ke majlis tersebut dan telah bertindak menarik selebriti dan anak-anak yatim keluar daripada dewan untuk bergambar dengan produk keluarannya.
"Demi produk dan pemasaran, sanggup aniaya artis-artis lain dan anak yatim? Nurin Afiqah tolong mengaku dekat polis bahawa awak datang ke majlis buka puasa @rinduraudahofficial yang diadakan secara privasi, bawa jurukamera awak, dan pandai-pandai tarik artis dan anak yatim di luar dewan acara untuk bergambar dengan produk awak. Pandai buat kerja, pandai lah tanggung.
"Mana maklumat palsu? Semua media cari Caprice sebab awak tak keluar apa-apa kenyataan. Pergi hubungi anak yatim, Amin Idris, Iman Troye, Asyraf Muslim, semua cakap awak bawa diaorang keluar daripada dewan untuk rakam dengan produk awak.
"Sebab awak, semua terkena. The Star, Berita Harian sebut nama kami semua dan nama awak tak ada pun kena sebut," tulisnya.
Tambah pelantun lagu Lenglui itu lagi, dia sudah meminta pelakon drama Wifi Sebelah Rumah tersebut menyelesaikan masalah yang terjadi tetapi tidak diendahkan.
"Saya minta sudah kali ketiga untuk awak mendedahkan kebenaran secara terbuka tetapi Nurin tak buat-buat lagi.
"Sedangkan Nurin sorang ja pandai-pandai bawa orang keluar dari majlis ambik gambar tak jaga SOP. Akhirnya.. semua yang tak terlibat kena jawab," tulisnya lagi di ruangan komen Instagram (IG) miliknya.
Sementara itu, pemilik nama Nurin Afiqah Zulkifli tidak mendiamkan diri lantas membalas di ruangan tersebut.
"Selama tujuh tahun mengenali awak, saya tidak pernah berhenti menyokong dan mempercayai awak. Hanya kerana satu panggilan telefon tidak diangkat dari saya kerana sedang membuat rakaman, awak melakukan ini.
"You asked me to do this and that and yet you throw me under the bus. I took the bullet for everyone, pergi ke balai polis dan menanggung semua kesalahan.
"Nurin reda sebab memang salah Nurin. Tetapi saya tidak percaya awak memutuskan untuk menyebarkan maklumat palsu Ariz," tulisnya.
Terdahulu, Nurin telah mengundang kecaman daripada netizen selepas memuat naik foto dan video yang terang-terangan melanggar SOP apabila tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup separuh muka.
BACA: Netizen Tak Puas Hati Majlis Buka Puasa Langgar SOP, Instafamous Nurin Mohon Maaf & Mengakui Kesalahan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live