Laman Utama

Caprice Minta Maaf Pada SM Faisal

Gempak
04/08/2023
07:50 MYT
Kes saman fitnah antara ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap Caprice diselesai secara baik selepas penyanyi rap itu membuat permohonan maaf di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Saman tersebut berhubung tindakan Caprice memuat naik hantaran fitnah menerusi Instagram miliknya dengan mengaitkan SM Faisal dengan kes bekas isterinya, Emilia Hanafi.
Memetik Sinar Harian, perkara berkenaan dimaklumkan peguam, Datuk Akberdin Kader yang mewakili SM Faisal selaku plaintif selepas prosiding diadakan dalam kamar Hakim, Azian Othman.
Menurutnya, ketika prosiding, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli juga telah meminta maaf kepada anak guam namun dia juga perlu membuat maaf dalam tempoh 48 jam menerusi Instagramnya.
"Terma-terma lain yang telah dipersetujui termasuk kos tidak boleh didedahkan secara terperinci,” katanya kepada pemberita selepas prosiding persetujuan itu yang direkodkan di mahkamah, yang turut dihadiri peguam, Harjoth Singh mewakili Caprice selaku defendan.
Sementara itu SM Faisal ketika ditemui berkata, beliau gembira kes saman fitnah itu akhirnya dapat selesai secara baik.
Menerusi Instagram milik Caprice, dia telah memuat naik permohonan maaf yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
SM Faisal yang mengemukakan saman itu pada 15 Ogos 2022, berkata, pada 27 Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan Emilia menjalani hukuman penjara selama tujuh hari, selepas didapati gagal mematuhi perintah pengkomitan mahkamah.
SM Faisal mendakwa pada 28 Jun tahun lepas, Caprice memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video dan hantaran memfitnah, melalui Instagram defendan yang antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang lelaki yang kejam dan semberono mahu memenjarakan bekas isterinya, selain tidak bertimbang rasa dan bertindak agresif terhadap kaum wanita atau kanak-kanak.
Plaintif memohon ganti rugi am, punitif, teladan, teruk dan kos selain perintah injunksi supaya defendan mengeluarkan dan memadamkan hantaran fitnah itu.
Sumber: Sinar Harian
BACA: Bekas Isteri SM Faisal Dikenakan Waran Tangkap Kerana…
BACA: Emilia Hanafi Tarik Balik Kes Dicederakan SM Faisal 8 Tahun Lepas Dengan Terma & Persetujuan​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Termuat Naik Gambar Free Hair, Adira Salahudi Mohon Maaf - "Sesiapa Tengok, Jangan Sebarkan"

gempak
24/07/2024
07:48 MYT
Pempengaruh media sosial, Adira Salahudi tampil membuat permohonan setelah tersilap memuatnaik foto tanpa berhijab di akaun Instagramnya.
Hiburan

Ulas Isu ‘Child Free’, Caprice Akui Hidup Berubah Lepas Punyai Zuriat – "Dulu Tidur Bergantung Pada Ubat”

gempak
29/06/2024
00:55 MYT
Penyanyi Caprice memberi pandangannya mengenai ‘trend’ baru-baru ini di mana terdapat pasangan yang sudah berkahwin memilih untuk tidak mempunyai zuriat.
Viral

Pempengaruh Popular Didakwa Buat Gangguan Seksual? Caprice Kongsi Screenshot Dari Mangsa

gempak
31/05/2024
03:28 MYT
Susulan penularan kes berkaitan seorang pempengaruh Islamik yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita, aktivis dan penyanyi rap, Caprice tampil memuat naik beberapa tangkap layar perbualan daripada mangsa isu tersebut.
Terkini

Leona Terkilan Bekas BFF Elak Berjumpa, Belum Mohon Maaf - "Saya Tak Block Dia, Pernah Cuba Berbaik Tapi ..."

gempak
22/05/2024
03:55 MYT
Kontroversi mengenai kawan baik didakwa telah ‘sailang’ bekas kekasih anak kepada selebriti Azhar Sulaiman, Leona pernah kecoh di laman sosial sebelum ini.
Hiburan

Berang Ditipu Selebriti Wanita, Individu Minta Tolong Daripada Caprice - “Sepatutnya Saya Kahwin Dengan Dia Tapi…”

gempak
11/05/2024
00:55 MYT
Ini respons Caprice mengenai DM tersebut.