Hollywood

Cardi B Lempar Rambut Palsu Kearah Peminat, Tapi Mahukannya Kembali!

gempak
Asraf Aided
07/07/2019
06:20 MYT
Sponsor Banner
Cardi B Lempar Rambut Palsu Kearah Peminat, Tapi Mahukannya Kembali!
Penyanyi popular Hollywood, Cardi B telah melemparkan rambut palsunya kearah peminat di sebuah persembahan di London's Wireless Festival baru-baru ini.
Namun begitu, Cardi akui terlalu gembira ketika membuat persembahan dan kini dia mahukan rambut palsu itu kembali.
Perkara itu dikongsi penyanyi berbakat itu menerusi sebuah status di laman Twitter miliknya.
"I GOT CARRIED AWAY...I want my wig back, DM me," tulisnya.
Status itu turut disertakan dengan potongan video ketika dia melemparkan rambut palsu terbabit.
Rata-rata pengikut Cardi membalas 'tweet' itu, kebanyakkan mereka merasakan sukar untuk Cardi mendapatkannya kembali kerana ia mungkin telah dijual. Sedikit info mengenai Cardi, selebriti kelahiran New York, Amerika Syarikat ini mulai aktif di industri hiburan Hollywood pada tahun 2015 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live