Laman Utama

Cari Klinik Untuk Buang Tatu, Aliff Aziz Nak Ubah Diri Jadi Lebih Baik - "Saya Mengaku Telah Melakukan Banyak Penyesalan ..."

Zulaikha Yusof
20/04/2021
04:25 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, 30, ada memuat naik sebuah hantaran di Instagram (IG) mencari klinik yang membuat rawatan pembuangan tatu di Kuala Lumpur.
Ketika ditemui Gempak, Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz tidak menafikan atau mengiyakan mengenai niat untuk membuang tatu tersebut.
Namun katanya, dia sedang berusaha untuk menjadi umat Islam yang lebih baik dan usaha itu datang daripada dirinya sendiri.
"Semua orang tahu kesilapan saya, macam-macam yang terjadi.. saya pun tak nak sebut soal itu. Saya pernah lalui satu masa terburuk dalam hidup.
"Saya mengaku telah melakukan banyak penyesalan pada masa lalu saya. Jadi, saya cuba untuk mengenal pasti apa yang boleh dibuat.
"Memang dalam agama pun ada cakap kalau benda itu (buang tatu) memudaratkan, tak perlu. Saya rasa itu adalah usaha saya.. bukan orang lain atau pun nak buktikan kepada sesiapa.
"Sebab the end of the day, kalau kita buat secara ikhlas orang akan rasa vibes keikhlasan itu," katanya.
Sebelum ini, Aliff memuat naik status di Instagram Stories meminta bantuan daripada netizen untuk mencadangkan lokasi klinik untuk melakukan rawatan pembuangan tatu.
Sekitar Januari tahun lalu, tular sebuah video memperlihatkan seorang lelaki dipercayai Aliff memakai baju singlet, berseluar biru dan memiliki tatu di belakang badan melakukan provokasi dan bergaduh dengan orang awam di Singapura.
Selepas hampir dua tahun dihimpit kontroversi dan tinggal bersama keluarga di Singapura, Aliff akhirnya kembali ke pangkuan isteri, Bella Astillah dan anak-anak iaitu Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna pada Disember lalu.
Tambah pelantun lagu Sayang Sayang, dia berasa terharu kerana masih mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.
"Alhamdulillah sejak saya di sini, ramai yang beri sokongan. Daripada keluarga, kawan-kawan, semua bagi sokongan kepada saya.
"Saya rasa gembira dan akhirnya saya dapat juga jumpa dengan semua rakan media," katanya lagi.
Aliff ditemui ketika majlis pelancaran pembukaan medan selera Masok Foodcourt di Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.
Dalam pada itu, Aliff dan Bella telah melebarkan sayap dalam bidang perniagaan selepas membuka sebuah kedai, Laksa Bah di sebuah port lepak baharu yang diterajui oleh Eric Floor 88, Achoi Floor 88 dan Falique Floor 88.
Selain Aliff dan Bella, antara selebriti lain yang bersama-sama menjayakan perniagaan itu adalah Ayie Floor 88, Amir Floor 88, Aiman Tino, Ismail Izzani, Nabila Razali, Ara Johari, Shuk Sahar, Raja Syahiran, Uyaina Arshad, Shalma Eliana, Donna Muslin dan Amin Daniel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

gempak
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada  pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

gempak
19/07/2024
01:55 MYT
Kerap menerima komen negatif, sekali lagi ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi luahan kemarahan daripada netizen di Instastory miliknya.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”

gempak
18/07/2024
03:25 MYT
Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada cucu perempuannya iaitu Ara Adreanna yang berusia empat tahun pada 18 Julai, Khamis.