ANTARABANGSA
Castrol Malaysia Pastikan Semua Rangkaian Bengkelnya Ikut SOP Pencegahan Covid-19
Sebagai tindak balas terhadap kebimbangan rakyat Malaysia yang menghadapi kesukaran akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Castrol Malaysia melancarkan kempen Castrol KitaCare.
Kempen Castrol KitaCare adalah salah satu inisiatif Castrol Malaysia untuk menunjukkan kepada pelanggan, mekanik dan penggunanya bahawa Castrol Malaysia mengambil berat tentang keselamatan mereka.

Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Keow Mei-Shan berkata, menerusi kempen Castrol KitaCare, berharap dapat mengingatkan pelanggan, mekanik dan pengguna bahawa pihaknya sentiasa bersedia untuk membantu mereka mengatasi krisis ini.

Castrol Malaysia akan mengamalkan SOP pencegahan yang ketat dan mengambil langkah untuk memastikan semua pelanggan serta mekanik sihat dengan menyediakan ‘hand sanitiser’ dan topeng muka di semua bengkel Castrol Auto Service dan Castrol Bike Point di seluruh negara.

Must-Watch Video