Filem terbitan dan edaran Astro berjaya mendominasi filem tempatan di pawagam.

Buktinya, filem animasi Mechamato Movie dan Qodrat masih lagi berada di tangga teratas dalam senarai filem Top 10 yang dikeluarkan oleh GSC hari ini.

Paling membanggakan, Mechamato Movie juga berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta hanya dalam tempoh tiga hari tayangan.

Malah hasil kualiti filem animasi dihasilkan oleh anak Malaysia ini juga mendapat pujian netizen yang rata-rata mengatakan ia bertaraf antarabangsa.

Dalam pada itu, filem seram Qodrat juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya mengutip RM1.1 juta jualan tiket dalam masa lima hari.

Filem yang dipersembahkan oleh Astro Shaw Sdn Bhd bersama Magma Films dan Rapi Studios ini dibintangi oleh pelakon Indonesia iaitu Randy Pangalila, Vino G. Bastian dan Marsha Timothy.

Jadi kepada yang belum menonton, apa tunggu lagi, silalah ke pawagam berhampiran anda sekarang.