,
Laman Utama

Cef Riz Kahwin Kali Ketiga, Chef Wan Teruskan Percutian Di Hawaii - "Saya Berikan Wang Tunai Yang Banyak Untuk Majlis Ini"

Amri Hassan
01/01/2022
03:55 MYT
Anak kepada cef selebriti, Datuk Chef Wan, Cef Riz telah selamat melangsungkan perkahwinan kali ketiganya bersama pasangan yang dikenali sebagai Nurul.
Berita gembira itu telah dikongsikan Chef Wan sendiri menerusi hantaran di Instagramnya pada Sabtu.
"Tahniah anakku atas perkahwinan ketiganya dan kedua bagi isterinya, Nurul.
"Kedua-dua mereka datang memohon restu dari saya beberapa minggu sebelum saya berangkat ke Honolulu, Hawaii.
"Disebabkan perancangan ini telah dibuat lebih dua tahun sebelum COVID-19 lagi, saya memutuskan untuk tidak hadir ke perkahwinan mereka dan meneruskan perancangan saya," kongsinya.
Dalam pada itu, maklum Chef Wan, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan sejak setahun lalu dan sampai masanya untuk membina mahligai bersama-sama.
"Mereka telah bertunang sejak setahun lalu pun, inilah masalah untuk disatukan sebagai suami isteri. Lagipun ini perkahwinan ketiga anak saya, cukulah asyik kahwinkan anak-anak saya ni!
"Saya nak meneruskan hidup dengan gembira dan aman damai.
"Semua dah dewasa, pandai-pandailah nak cari kebahagiaan masing-masing pun. Mereka telah mendapat restu saya, baik Serina pun. Dan saya tak mahukan apa-apa daripada mereka melainkan ucapan gembira buat mereka," katanya.
Biarpun Chef Wan berada di luar negara untuk bercuti, beliau telah memberikan sejumlah wang tunai untuk anaknya itu meneruskan majlis perkahwinan mereka.
"Saya memberikan sejumlah wang tunai kepada mereka berdua untuk perkahwinan ini. Ingat tu, tak semua ibu bapa akan melakukan hal yang sama dengan menaja 100% perkahwinan mereka. Kahwin kali ketiga pun bapa itu masih bermurah hati.
"Saya cakap kepada anak lelaki saya ketika zaman COVID-19 ni, jangan bazirkan duit pergi bersanding jemput ramai orang dan membazir itu ini. Cukup nikah, keluarga yang datang mewakili saya, itu dah memadai.
"Bosan saya dengar orang kahwin tak sudah-sudah ni, atau kahwin cerai," katanya.
Dalam hantaran sama, Chef Wan turut melantik Cef Riz sebagai eksekutif baharu yang bertindak sebagai ketua cef di kafe miliknya.
"Ini sudah dirancang lama pun tapi saya yang tak bersedia untuk memberikan jawatan itu kepadanya sehingga dia membuktikan dia ketua yang bagus.
"Nak kahwin pun kahwinlah, tak usah main-main drama. Bertanggungjawab sebagai individu. Belajar dari kesilapan silam dan jangan membelakangkan emak bapa atau malukan mereka," pesannya.
Untuk rekod, Cef Riz pernah berkahwin dengan kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong pada 5 Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.
Sebelum itu, Cef Riz berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia namun bercerai pada 10 Disember 2012 selepas 11 bulan bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.